![]() |
| -- 2dia laki soleh -- |
Dalam persahabatan, segelintir
pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding
bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah
bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan
tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.
Namun dalam soal cinta dan
perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata
ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju
kebahagiaan lebih mudah.
Jika anda ingin mencari cinta sejati,
anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu
lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.
Jika ia sesuai dijadikan panduan,
terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi
bahan bacaan anda di masa terluang.
1. Jika anda bertanya lelaki:
"Adakah anda cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan
menjawab "Ya, saya cintakan awak".
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada
beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. "Ya,
rasa-rasanyalah" B. "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa
senang hati?" C. "Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan
awak" D. "Penting sangatkah?" dan E. "Siapa, saya?"
2. Anda tidak perlu meminta pendapat
jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda
kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat
perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji
mata.
3. Ada sesetengah lelaki tidak suka
aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan.
Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika
lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya
sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
4. Lelaki tidak suka dipaksa atau
diubah.
5. Lelaki yang gemar merokok pasti
mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.
6. Setiap kali anda marah atau naik
angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: "Oh, dia
ini pasti datang bulan." sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi
kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.
7. Lelaki tidak berapa suka
membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk
berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan.
Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.
8. Ada tiga perkara yang boleh
membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.
9. Jangan buat lawak bodoh mengenai
lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan
menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj
nama baiknya.
10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love
you' pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin
intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa
memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu
mencintai si wanita.
11. Lelaki suka jika pasangannya
bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi
jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan
wanita dulu kerana katanya "Awak yang kuat melayan".
12. Jangan kritik muzik, kereta,
pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran
mereka.
13. Jangan kritik cara mereka
berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.
14. Lelaki tidak suka diberikan
tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak
dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya
masih belum yakin sepenuhnya.
.

No comments:
Post a Comment