Petua Kesihatan
· SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA
Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau • Makanlah bawang besar berserta yogurt putih, ianya mempercepatkan lena.
2 . MENURUNKAN DARAH TINGGI
• Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau • Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau • Makanlah biji buah Peria atau • Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau • Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau • Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau • Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau • Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus atau • Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
3 . DEMAM BIASA
• Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau • Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau • Minumlah air rebusan bunga melor.
4 . SAKIT KEPALA
• Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau • Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau • Rebus daun Kangkung sampai mendidih, kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau • Makanlah daun pokok Peria atau • Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.
No comments:
Post a Comment